Saya telah pun dipelawa oleh YB Kulasegaran untuk menghadiri Mesyuarat Penuh MBI. Saya telah sampai ke MBI pada tepat pukul 9.50 pagi. Pada tepat pukul 10 pagi datuk bandar telah tiba di dewan. Selepas baca Doa Selamat mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan Datuk Bandar. Datuk Bandar menyatakan mengenai perkembangan semasa khususnya sektor kewangan iaitu jumalah kutipan wang taksiran MBI dan juga perkara-perkara semasa.
Selepas ucapan itu, mesyuarat disambung dengan pengesahan minit mesyuarat jawatankuasa kecil. Selepas itu, Datuk Bandar membuka ruang kepada ahli ahli majlis untuk berhujah. Falam sesi hujah ini ahli parlimen Ipoh Barat selaku ahli majlis menanya juga menberi pandangan dalam beberapa perkara khususnya masalah masalah tempatan yang mempunyai sangkuk pauk
dengan kerajaan tempatan. Kira kira pada pukul 12 tengahari Datuk Bandar memutuskan supaya mesyuarat ini ditangguhkan.
Tuesday, November 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment